Input your search keywords and press Enter.

PM Australia hampir dibaling telur

M Update, 07/05/2019 – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hampir menjadi mangsa baling telur kedua selepas Senator Fraser Anning ketika acara kempen pilihan raya, di sini, hari ini.

Insiden yang disiarkan di televisyen Australia itu menunjukkan cubaan seorang remaja perempuan membaling telur ke arah beliau tetapi berjaya dihalang seorang pengawal keselamatan yang kemudian mengheret remaja itu keluar.

Morrison sempat menyapu kepala selepas telur dibaling, kemudian membantu seorang wanita tua yang terjatuh ke lantai disebabkan kejadian itu.

Kejadian berlaku ketika lawatan perdana menteri itu ke Albury, sebuah kawasan di New South Wales, turut diwakili calon bebas yang menjadi pilihan pengundi luar bandar.

Menurut wartawan akhbar Australia, remaja itu ketika ditanya berkata tindakan itu ‘terzahir dengan sendiri’ dan merujuk kepada Pulau Manus, di Papua New Guinea, yang sekian lama dijadikan Australia sebagai pusat tahanan pelarian. – Reuters

Leave a Reply