Input your search keywords and press Enter.

Tengku Maimun – Cabaran Tugas Ketua Hakim Negara

M Update, 7/5/2019 – Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, atas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara baru-baru ini menjadikan beliau wanita pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan itu, menggantikan Tan Sri Richard Malanjum, yang tamat perkhidmatan pada 12 April lalu.

Bagi Tengku Maimun, walaupun pada hakikatnya badan kehakiman melaksanakan peranannya dengan baik dan berintegriti, persepsi negatif tetap akan timbul.

Media adalah salah satu sebab wujudnya persepsi negatif ini sebab kadangkala orang yang menulis itu tidak mempunyai pengetahuan sebenar dan ia kemudian menjadi viral.

Justeru, media terutama media arus perdana harus memainkan peranan, laporkan perkara yang tepat.

Sesiapa saja yang menggalas tanggungjawab mengetuai badan kehakiman berdepan tugas berat, tiada kaitan sama ada mereka wanita atau masih muda.

“Bagi saya, gender bukanlah faktornya tetapi tekanan itu adalah atas dasar jawatan kerana ia menuntut tanggungjawab yang besar. Usia juga bukan isu pokok. Sama ada lelaki atau perempuan yang memegang jawatan ini, sama saja. Sebagai Ketua Hakim Negara, tanggungjawab itu harus dilaksanakan sebaik mungkin,” – Tengku Maimun

Berhubung perancangannya selepas mengetuai badan kehakiman, Tengku Maimun berkata ketika ini beliau akan meneruskan segala reformasi yang dilaksanakan Malanjum sebelum ini.

Terlalu awal untuk beliau nyatakan perancangan dan beliau mahu mengamalkan apa yang dilaksanakan Ketua Hakim terdahulu di mana keempat-empat kami (empat hakim tertinggi) akan membuat keputusan secara kolektif.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply