Input your search keywords and press Enter.

Lelaki mengaku ‘jual’ kanak-kanak perempuan bawah umur

M Update, 08/05/2019 – Seorang lelaki penduduk California yang didakwa mengendalikan rangkaian jenayah pemerdagangan kanak-kanak perempuan bawah umur menerusi laman web Backpage.com (Backpage), mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan.

Ariel Guizar-Cuellar, 38, membuat pengakuan itu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di San Jose, sekali gus menjadikan ia kes jenayah terbaharu membabitkan Backpage.

Laman web itu disita oleh ejen persekutuan pada 2018, iaitu sebagai sebahagian daripada siasatan mengenai pelacuran dan pemerdagangan seks kanak-kanak.

Bekas Ketua Eksekutif Backpage, Carl Ferrer, bersetuju untuk menutup laman web itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pihak pendakwa raya, selepas beliau mengaku bersalah atas tuduhan konspirasi dan pengubahan wang, selain setuju bekerjasama dalam siasatan kes itu.

Bagaimanapun, pengasas laman web itu, Michael Lacey dan James Larkin dilaporkan mengaku tidak bersalah dan bakal dibicarakan tahun depan.

Menurut pendakwa raya, Guizar-Cuellar bertanggungjawab mengendalikan rangkaian pemerdagangan seks menerusi Backpage, membabitkan wanita dewasa dan sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak perempuan bawah umur, dari September 2014 hingga Januari 2016. – Reuters

Leave a Reply