M Update, 08/05/2019 – Sepuluh gajah yang dicat putih berarak hari ini berhampiran Istana Diraja di Bangkok bagi menghormati Raja Thailand yang baru ditabalkan, Raja Maha Vajiralongkorn, sehari selepas upacara pertabalan beliau berakhir.
Haiwan itu dan pengendalinya dari Ayutthaya berjalan pada jarak dekat sebelum memberikan penghormatan kepada gambar raja berkenaan.
Ramai daripada mereka yang menyaksikan acara itu memegang potret raja.
“Saya gembira kerana tidak pernah melihat perkara ini dalam masa 70 tahun,” kata pemandu teksi bermotosikal, Boonsueb Unnimit.
Gajah memegang peranan penting dalam sejarah dan budaya Thailand.
“Gajah adalah simbol monarki, simbol peperangan, selain simbol keamanan dan ketenteraman,” kata penduduk Bangkok, Panarat Panchuer, 61.
Tiada gajah mengambil bahagian dalam upacara pertabalan rasmi walaupun raja diberikan gajah putih, hadiah yang dianggap sangat baik, tidak lama selepas itu. — Reuters