M Update, 8/5/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan kononnya telefon pintar milik individu tertentu di negara ini dipantau atau diintip pihak berkuasa.
“Sebagai badan mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, agensi ini tidak memantau mahupun mengintip perkara yang dimuatkan pengguna aplikasi WhatsApp.
SKMM dalam satu kenyataan hari ini, menyifatkan dakwaan itu sebagai palsu dan tidak benar sama sekali.Justeru, orang ramai dinasihatkan jangan mudah percaya atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya. – BH Online