Input your search keywords and press Enter.

Kilang Minuman Keras Diarah Tutup Serta-Merta

M Update, 02/06/2021 – Semua kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan semalam bersetuju supaya kilang terbabit ditutup seperti mana sektor perkilangan lain.

“Semua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategeri sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

Terdahulu, tular di media sosial surat kebenaran operasi bagi kilang minuman keras sepanjang tempoh Sekatan Penuh Pergerakan (SPP) yang berkuat kuasa semalam.

Surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) itu mengesahkan pendaftaran syarikat berkenaan di dalam sistem MITI – Covid-19 Intelligent Management Sistem (CIMS 3.0) di bawah sektor makanan dan minuman.