Input your search keywords and press Enter.

Ahli perniagaan Kristian sedia 700 juadah berbuka

M Update, 09/05/2019 – Ahli perniagaan dari India, Saji Cheriyan, menyediakan 700 juadah berbuka puasa sehari untuk pekerjanya sepanjang Ramadan ini.

Cheriyan berkata, walaupun beragama Kristian, beliau adalah ‘manusia’ dan umat Islam juga saudaranya dan beliau berkongsi perayaan dan minat dengan mereka.

Katanya, projek berbuka puasa itu mengeratkan kasih sayang antara pekerja dan mengumpulkan mereka selepas seharian bekerja.

Walaupun ramai dermawan membuat tawaran untuk memberi sumbangan kepada projek itu, Cheriyan berkata beliau mahu menanggung kos itu sendirian.

Tahun lalu, Cheriyan membina masjid berharga Dh1.3 juta (RM1.4 juta) bagi pekerja Islam yang tinggal di kediaman yang disewa beliau kepada 53 syarikat di Kawasan Perindustrian Al-Hail di Fujairah, lapor akhbar tempatan.

Masjid yang dinamakan Mariam bint Issa itu, boleh menampung sehingga 250 jemaah pada satu-satu masa, dengan kemudahan bagi 700 lagi bersolat di halamannya. — Agensi

Leave a Reply