Input your search keywords and press Enter.

Hujan Lebat, Banjir Landa Tengah Amerika Syarikat

M Update, 09/05/2019 –  Seorang dilaporkan maut, dalam kejadian banjir akibat hujan lebat yang melanda Austin, Texas, semalam.

Keadaan itu turut memaksa ramai penduduk di tengah Amerika Syarikat, termasuk Kansas berpindah ke kawasan lebih selamat.

“Keadaan ini akan berlaku dalam tempoh yang panjang, jadi semua pihak diminta bersedia bagi menerima hujan berterusan, sekali gus banjir,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan dalam kenyataan amaran menerusi Twitter.

Perkhidmatan cuaca meramalkan jumlah hujan sebanyak 13 sentimeter hingga 25 sentimeter akan melanda beberapa bahagian di Arkansas, Lousiana, Mississippi sepanjang minggu ini.

Sementara itu, Texas adalah antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir dan hujan lebat, khususnya di bahagian timur negeri itu, selain menyebabkan ratusan jadual penerbangan di lapangan terbang Dallas serta Houston terpaksa dibatalkan.

Media tempatan melaporkan, di Austin, Texas, pasukan penyelamat mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tidak dikenali, berusia dalam lingkungan 50-an dari dalam laluan air di pusat bandar itu.

Ratusan pengguna turut terkandas selepas beberapa kawasan di Houston dinaiki air. – AFP

Leave a Reply