Input your search keywords and press Enter.

Akta Hasutan Akan Dimansuhkan Tahun Ini

M Update, 10/5/2019 – Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet untuk memansuhkan akta itu dan kini sedang melibat pelbagai faktor bagi melaksanakannya. Liew berkata selepas pemansuhan akta itu, satu formula baharu akan diperkenalkan untuk menggantikannya.

Kami mahu memastikan bahawa tidak semestinya semua kenyataan yang dibuat boleh menghasut kerana kami ingin memastikan kenyataan tertentu mendapat beberapa bentuk kebebasan…tetapi bukan kami membenarkan semua orang untuk membuat kenyataan yang mencemarkan nama raja dan pemimpin kita khususnya,” katanya.

Bagaimanapun, kami dalam Pakatan Harapan sebenarnya tidak keberatan sekiranya orang mahu mengkritik kami. Kritikan membina bagus dalam kerajaan kerana dari situ kita dapat maju dan berkembang,” katanya. Selain itu, Liew berkata kerajaan juga sedang melihat kemungkinan memperkenalkan undang-undang menangani gejala mengintai atau menghendap kerana perbuatan itu telah menjadi trend. – Bernama

Leave a Reply