Input your search keywords and press Enter.

Israel tarik balik larangan aktiviti nelayan Gaza

M Update, 10/05/2019 – Israel menarik balik larangan yang dikenakan kepada bot nelayan Palestin untuk ke laut, kata tentera, menamatkan langkah yang dikenakan ketika keganasan awal bulan ini.

Ia dilihat sebagai langkah pertama melaksanakan gencatan senjata bertujuan mengelakkan konflik baru antara tentera dan pejuang Palestin.

“Hari ini, zon tangkapan ikan Semenanjung Gaza dijangka dibuka pada jarak sehingga 12 batu nautika.

“Pelaksanaan itu berdasarkan syarat nelayan Semenanjung Gaza menghormati perjanjian,” kata badan tentera Israel yang bertanggungjawab bagi wilayah Palestin, COGAT.

Tentera laut Israel kerap menembak bot penduduk Gaza yang didakwa sudah melanggar had dikenakan.

Persatuan nelayan Gaza mengesahkan penarikan semula larangan itu.

Keganasan tentera Israel selama dua hari ketiga ketegangan menyaksikan 25 penduduk Palestin, termasuk sembilan pejuang terkorban.

COGAT menutup zon nelayan dan lintasan sempadan bagi penduduk dan barangan antara Israel dan Gaza sebagai reaksi kepada bedilan roket pejuang. — AFP

Leave a Reply