M Update, 13/5/2019 – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.
Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung isu itu. Katanya, CUEPACS berharap permintaan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk penjawat awam dan RM 500 untuk pesara itu dipersetujui kerajaan.
Pada masa sama, saya juga sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, berhubung perkara berkenaan dan CUEPACS sendiri berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan intensif ini yang menjadi harapan besar bagi penjawat awam. Jika diluluskan, kita menjangkakan lebih RM1 billion bantuan khas berbentuk bonus Aidilfitri akan diberikan kepada penjawat awam seluruh negara.
Malah, tahun ini kita memohon pemberian bonus kepada semua penjawat awam di bawah gred 54, berbanding sebelum ini hanya gred 41 ke bawah yang menerima bonus. Saya pasti jika apa yang diinginkan penjawat awam ini dizahirkan, ia akan menggembirakan dan membantu banyak pihak membuat persiapan Aidilfitri,” katanya. – BH Online