Input your search keywords and press Enter.

Maut Dirempuh Sebelum Sempat Berbuka

M Update, 13/5/2019 – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh motosikal ketika melintas jalan untuk ke surau di hadapan rumahnya di Kampung Ekor Lambat di Parit, petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Ammar Raziq Azhar, 10, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang di Parit, pada 6.55 petang. Difahamkan, Muhammad Ammar Raziq melintas jalan untuk berbuka puasa di masjid di hadapan rumahnya disebabkan hari ini adalah giliran bapanya mengadakan majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak hospital pada 7.17 malam ini. Katanya, siasatan awal mendapati motosikal SYM dari arah Parit menghala ke Bota melanggar mangsa yang dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

Akibat kemalangan itu mangsa dipercayai parah di kepala. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang sebelum disahkan meninggal dunia. Penunggang motosikal berusia 23 tahun turut cedera,” katanya ketika dihubungi. – HM Online

Leave a Reply