Input your search keywords and press Enter.

Bonus Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Johor

M Update, 14/5/2019 – Kerajaan Johor sudah meluluskan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi kepada lebih 16,000 penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata beliau sendiri sudah meluluskan peruntukan untuk bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri dan akan diagihkan sebelum perayaan itu.

“Saya sudah luluskan dan memang ada (bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri) kepada penjawat awam Johor. Cuma apabila ia membabitkan bonus kepada penjawat awam negeri, sebaiknya biarlah Setiausaha Kerajaan Johor (Datuk Azmi Rohani) yang akan umumkan berapa jumlahnya dan bila ia diagihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyertai Program Singgah Sahur Kelab Media Johor 2019 bersama lebih 50 pengamal media di negeri itu, awal pagi tadi.

Mengikut rekod, Kerajaan Johor bersetuju memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 seperti diumumkan bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), November tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1,000 sudah diagihkan kepada seramai 16,511 penjawat awam Johor, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri pada 2 Januari lalu.

Baki RM500 lagi adalah sebagai bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri kepada penjawat awam negeri Johor dan penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan Johor. – BH Online

Leave a Reply