Input your search keywords and press Enter.

Kematian Yang Dicemburui

M Update, 14/5/2019 – Sebelum puasa kami ada minta ayah berhenti jadi tukang masak kerana bimbang dia penat tapi arwah menolak dan beritahu selagi berdaya dia akan memasak untuk masjid,” kata Asnalhuda Sharuddin, 38.

Sharuddin Nordin, 65, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sungai Bemban, Trong di Taiping, yang meninggal dunia ketika rakaat kedua solat Isyak, kelmarin. Menurut Asnalhuda, bapanya yang juga siak masjid berkenaan tidak mempunyai sebarang penyakit dan pada hari kejadian arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sakit atau kurang sihat.

Ayah akan solat berjemaah di masjid setiap hari dan itu sudah menjadi rutin hariannya, malah dia turut menjadi tukang masak bagi setiap program dijalankan di masjid bersama mak, Robaaiah Ariffin, 62. Ayah seorang yang pendiam dan tidak suka bercerita aktiviti dilakukan, tetapi kami tahu semua yang dibuatnya itu adalah seikhlas hatinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, setiap hari bapanya akan menunggang motosikal ke masjid termasuk jika mahu membeli barang keperluan memasak. Kami mahu belikan dia kereta tetapi dia menolak kerana lebih suka menunggang motosikal, jika mahu beli barang masak pun dia akan tunggang motosikal juga. Pada hari kejadian, arwah ayah sempat masak bihun tomyam untuk juadah moreh di masjid dan itu menjadi masakan terakhirnya,” katanya. Asnalhuda berkata, walaupun terkejut dengan kehilangan bapanya itu, namun mereka sekeluarga reda dan menganggap apa yang berlaku itu adalah rezeki bapanya yang meninggal dunia ketika solat serta dalam bulan Ramadan.

Kami sekeluarga juga mahu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan ayah,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan, Sharuddin meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan akibat serangan jantung. Jenazah arwah dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Toh Johan, Trong pada 11.30 pagi, semalam. – HM Online

Leave a Reply