Input your search keywords and press Enter.

Kempen berbuka, bersahur dengan Harumanis dilancarkan

M Update, 15/5/2019 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan pengambilan mangga paling premium iaitu harumanis sebagai menu ketika berbuka dan bersahur.

Menterinya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, langkah itu juga usaha membantu petani harumanis serta selaras dengan slogan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tahun ini, ‘Berbuka dan Bersahur dengan Harumanis’.

Salahuddin berkata, beliau juga memberi arahan kepada agensi di bawah kementeriannya untuk turut menghidangkan harumanis pada majlis berbuka atau sahur. Di Kabinet pun saya sudah nyatakan, jika boleh jamuan kerajaan sepanjang Ramadan turut dibekalkan menu harumanis sebagai contoh pulut dengan harumanis sama ada waktu buka, moreh atau sahur,” katanya.

Ditanya mengenai permintaan dengan adanya produk daripada harumanis, beliau berkata, setakat ini ia mendapat permintaan yang baik. Saya diberitahu tidak sukar untuk menembusi pasaran seperti Jepun dan negara lain cuma kadang-kadang kita tidak cukup dari segi bekalan. Jadi pada masa akan datang dengan teknologi baharu, kita punya masa depan cerah mengenai industri penanaman harumanis,” katanya. – HM Online

Leave a Reply