Input your search keywords and press Enter.

Bantuan khas RM1,000 untuk penjawat awam Kedah

M-Update,16/5/2019, ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri kepada 4,711 penjawat awam negeri serta 316 pegawai lantikan kontrak dan sementara di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kelulusan bayaran berkenaan dicapai dalam mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, semalam.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, beliau berkata, bayaran bantuan berkenaan akan dibuat pada 30 Mei ini bagi membolehkan penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri pada Jun depan.

–BHarian

Leave a Reply