Input your search keywords and press Enter.

Ekonomi Malaysia diunjur perlahan pada 2019 – OCBC

Data semasa terus menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih perlahan bagi tahun akan datang dan OCBC Bank menjangkakan Malaysia akan mencatat pertumbuhan yang lebih lemah tahun ini dengan pertumbuhan tahun penuh pada 4.4% bagi tahun ke tahun.

Langkah Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman pada minggu lepas mungkin dilihat sebagai tindakan awal (menangani) keadaan ini. Setakat ini, kami tidak menjangkakan sebarang penurunan (OPR) seterusnya pada 2019 kecuali wujudnya perkembangan yang membawa kepada penyusutan ketara pertumbuhan itu.

Bank Pusat Malaysia mengumumkan bahawa ekonomi negara berkembang sebanyak 4.5% pada suku pertama 2019 yang mengatasi unjurab OCBC sebanyak 4.4%. Selepas pengumuman data tersebut, OCBC menyatakan ringgit Malaysia turut susut dibawah 4.16% berbanding dolar US kini kembali meningkat pada paras seperti yang dinyatakan.

Selain itu, penggunaan swasta terus kekal sebagai penyumbang utama pertumbuhan dengan mencatat 7.6% bagi tahun ke tahun dan pelaburan tetap pula berkurangan 3.5% tahun ke tahun yang berkemungkinan disebabkan oleh kebimbangan kalangan perniagaan terhadap persekitaran ekonomi serta usaha konsolidasi kerajaan yang sedang dijalankan.

Pelaburan awam pula susut 12.6% manakala pelaburan swasta meningkat pada kadar lebih perlahan iaitu 1.1% bagi tahun ke tahun. Oleh itu, kerajaan bertindak mengumumkan usaha meneruskan semula Projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia yang boleh merangsang semula ekonomi negara.

Leave a Reply