Input your search keywords and press Enter.

Theresa May Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri UK

M Update, 24/05/2019 – Perdana Menteri Theresa May pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan tertinggi negara itu dan pemimpin Parti Konservatif pada 7 Jun, lapor agensi berita Turki Anadolu.

May membuat kenyataan ringkas pada pagi Jumaat selepas bertemu Pengerusi Jawatankuasa 1922 partinya, Sir Graham Brady.

May menjadi pemimpin Parti Konservatif dan perdana menteri selepas David Cameron meletak jawatan pada 2016 susulan keputusan pengundi Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dalam satu referendum.

Beliau telah merundingkan satu perjanjian keluar dengan para pemimpin EU namun berulang kali gagal memperoleh kelulusan Dewan Rakyat dan meraih sokongan anggota parlimen partinya sendiri.

May berdepan tekanan hebat agar beliau meletak jawatan sejak empat bulan lepas selepas beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti bagi perjanjian Brexitnya.

Leave a Reply