Input your search keywords and press Enter.

Warga Emas Cedera Diseret Peragut Bermotosikal

M Update, 31/5/2019 – Seorang lelaki warga emas cedera di lengan dan kaki selepas diseret oleh peragut bermotosikal di kawasan Pasaran Bilion, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa Choo Tar Cheang, 66, yang sedang berbasikal seorang diri didatangi dua motosikal yang dinaiki tiga suspek. Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa terseret beberapa meter. Malah perbuatan suspek itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian lengan kiri dan kanan serta kaki kiri dan kanan,”

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata salah seorang suspek iaitu yang menaiki motosikal berseorangan menarik beg tangan mangsa. Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak dapat mengecam wajah suspek. Kita kini dalam proses mengesan semua suspek yang terbabit dalam jenayah berkenaan.

Perbuatan mereka itu dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari dua rumah berdekatan lokasi,” katanya. Mohd Rozi berkata, mangsa mengalami kerugian RM300 dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply