Input your search keywords and press Enter.

Kenyataan Media Berhubung Lawatan Kerja Menteri Kesihatan Ke Gua Musang

M Update, 11/6/2019 – Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menziarah pesakit-pesakit Orang Asli di Hospital Gua Musang, di mana beliau dan Senator Waytha Moorthy telah diberikan taklimat oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang.

Sehingga hari ini, punca jangkitan masih belum dapat dipastikan. Bagaimanapun keputusan ujian TB & Leptospirosis adalah negatif. Beliau yakin jawapan kepada persoalan ini dapat diselesaikan segera. Syabas kepada JKN Kelantan, PKD Gua Musang dan Program Kesihatan Awam KKM atas usaha dan komitmen anda semua.

Dalam pada itu, beliau juga sempat menyantuni Orang Asli kaum Batek di kawasan perpindahan ketiga, 2km dari penempatan asal mereka di Kampung Orang Asli Kuala Koh.

Sangat insaf melihat keadaan hidup penduduk Orang Asli di situ tanpa sumber air & elektrik, hasil maklumat daripada Tok Batin, Raina bin Anjang. Beliau telah dimaklumkan bahawa perkara ini telah diambil perhatian oleh Mesyuarat Jawatankuasa Antara Agensi hari ini & tindakan susulan akan diambil.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply