Input your search keywords and press Enter.

Pembangkang Indonesia desak mahkamah batal kemenangan Jokowi

M Update, 14/06/2019 – Peguam parti pembangkang Indonesia menggesa kemenangan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo pada pilihan raya dibatalkan, memberitahu Mahkamah Perlembagaan ia diperoleh menerusi ‘penipuan sistem pengundian dan salah guna kuasa’.

Kira-kira 17,000 anggota polis dan tentera ditempatkan untuk mengelakkan berulangnya rusuhan bulan lalu ketika mahkamah membacakan keputusan.

Bantahan secara aman diadakan penyokong pembangkang berhampiran bangunan mahkamah yang dikawal ketat, dengan sebahagiannya memegang sepanduk bertulis, ‘Kami mahukan keadilan’.

Prabowo dan pasukan kempennya mahu mahkamah membatalkan keputusan rasmi, menolak Jokowi dan regunya sebagai calon atau mengadakan pilihan raya lain.

Mahkamah dijangka mengumumkan keputusan pada 28 Jun ini.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum bulan lalu menunjukkan Jokowi mengalahkan pencabarnya, Prabowo Subianto, dengan kelebihan 11 mata untuk memperoleh lebih 55 peratus undian pada pilihan raya April lalu, tetapi pembangkang enggan mengaku kalah.

Perbalahan itu mencetuskan ketidaktentuan selama beberapa minggu di negara itu.

Keganasan berlaku antara penyokong Prabowo dan polis di Jakarta bulan lalu selepas keputusan rasmi diumumkan.

Lapan terbunuh dan lebih 900 cedera dalam rusuhan. Polis menahan puluhan orang yang menghasut keganasan, termasuk sekutu rapat Prabowo yang disyaki merancang pembunuhan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Awal minggu ini, Prabowo, yang sebelum ini memberi amaran bantahan jalanan ‘kuasa rakyat’, menggesa penyokongnya supaya bertenang sepanjang prosiding Mahkamah Perlembagaan. — Reuters

Leave a Reply