Input your search keywords and press Enter.

2 Rentung Dalam Kebakaran Pintu Belakang Terkunci

M Update, 19/6/2019 – Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Sungai Udang Klang pagi tadi. Kedua-dua mangsa terperangkap dalam rumah dan gagal menyelamatkan diri berikutan pintu belakang rumah terkunci selain terhalang dengan barang.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita warga Indonesia berusia 48 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun dijumpai rentung di dalam bilik air.

Kedua-duanya dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana pintu belakang dikunci selain dihalang dengan alat perkakas.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply