Input your search keywords and press Enter.

Kru Eva Air Taiwan mogok, lebih 70 penerbangan dibatalkan

M Update, 21/06/2019 – Eva Airways Corp, Taiwan berkata ia terpaksa membatalkan 71 penerbangan hari ini sekali gus menjejaskan lebih 15,000 penumpang susulan mogok yang dilancarkan kru penerbangan berkaitan gaji.

Laman web Eva Air berkata, penerbangan dari Taipei ke New York, Toronto, Chicago, Los Angeles, Paris, Singapura dan Osaka adalah antara yang dibatalkan.

Eva Air, yang cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana beberapa pesawat bertema Hello Kitty, mengendalikan penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh Asia serta Amerika Utara dan Eropah.

Penerbangan itu berkata, barangan, makanan dan perkhidmatan membabitkan pesawat Hello Kitty tidak akan beroperasi sepanjang mogok berkenaan kerana penerbangan itu perlu kerap diubah. – Reuters.

Leave a Reply