Input your search keywords and press Enter.

Majlis Ulama Aceh haramkan PUBG

M Update, 21/06/2019 – Majlis Ulama Aceh (MPU) mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan tembak-menembak dalam talian, ‘PlayerUnknown’s Battleground’ atau dikenali PUBG, mendakwa ia menggalakkan perlakuan negatif.

“MPU Aceh mengharamkan PUBG dan permainan serupa daripada dimainkan di Aceh,” kata timbalan ketua MPU Aceh, Faisal Ali kelmarin, dipetik laman berita kompas.com.

Beliau menambah, majlis itu menjalankan satu kajian berkaitan permainan terbabit dan mengadakan perbincangan dengan pakar teknologi maklumat (IT) dan perundangan Islam serta psikologi ketika Mesyuarat Plenari MPU Aceh 2019.

Majlis itu kemudian memutuskan, PUBG adalah pengaruh buruk kepada pemainnya, yang secara berperingkat menjadi panas baran dan ketagih terhadap permainan terbabit.

“Kanak-kanak menjadi berang jika ibu bapa melarang mereka bermain permainan itu (PUBG),” katanya menambah ia juga berlaku di kalangan pasangan sudah berkahwin.

Faisal berkata, MPU juga bersedia mengeluarkan cadangan untuk institusi berkaitan bagi meneliti dan mempromosi fatwa berkenaan di kalangan orang awam.

“Ia perlu disokong semua elemen dalam masyarakat termasuk kerajaan, ibu bapa dan penyedia internet,” katanya. -Agensi

Leave a Reply