Input your search keywords and press Enter.

PPM Rampas 500 Liter Minyak

M Update, 21/6/2019 – Tahniah Pasukan Polis Marin berjaya merampas 500 liter diesel dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui jeti Pasar Umum, Sandakan, dirampas Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Dalam serbuan 11 pagi, sepasukan anggota melakukan pemantauan di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai penyelewengan minyak dan juga sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu lelaki tempatan yang berusia 50 tahun juga gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran sah untuk membawa barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Minyak disyaki cuba diseludup ke negara jiran. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,300. Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan markas operasi PPM untuk tindakan lanjut

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply