Input your search keywords and press Enter.

Trump tarik balik serangan ke atas Iran

M Update, 21/06/2019 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini meluluskan serangan tentera ke atas Iran kerana menembak jatuh ‘dron pengintip’ bernilai AS$130 juta (RM539.4 juta) namun menarik balik arahan itu, kata New York Times.

Trump pada mulanya meluluskan serangan ke atas beberapa sasaran termasuk radar dan unit peluru berpandu, lapor akhbar berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan pentadbiran.

Serangan itu pada mulanya akan dilancarkan menjelang pagi hari ini bertujuan mengurangkan risiko kepada tentera Iran dan orang awam, tambahnya.

Pegawai itu berkata, pesawat pejuang sudah berada di ruang udara dan kapal juga sudah dikerah ke lokasi berkaitan, namun tiada peluru berpandu dilancarkan sebaik arahan untuk berundur dikeluarkan.

Setakat ini, tiada pengesahan sama ada serangan ke atas Iran masih diteruskan, kata akhbar itu.

Trump sebelum ini pernah dua kali menyerang sasaran di Asia barat iaitu Syria pada 2017 dan 2018. – Reuters

Leave a Reply