Input your search keywords and press Enter.

Gading Kencana dapat anugerah antarabangsa

M-update 25 Jun 2019: Gading Kencana ditubuhkan pada 1993 dimana syarikat tersebut mula menyediakan perkhidmatan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sejak 1998. Gading Kencana menunjukkan rekod yang sangat bagus dan syarikat tersebut diiktiraf ISO 9001: 2008 dan OHSAS 18001:2007 Syarikat Solar dan disahkanoleh Penyedia Perkhidmatan Photovoltaic yang Diluluskan (APVSP) oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Antara projek yang diusahakan ialah lampu jalan bertenaga solar yang dipasang di kawasan terpencil dan berbahaya bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, projek bekalan elektrik dengan menggunakan solar PV genset hybrid system bagi sekolah di pedalaman, penggunaan maksimum tanah bagi ladang solar dan beberapa projek lain.

Awal Jun yang lalu, Gading Kencana telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan pemenang Anugerah Asian Photovoltaic Industry Association (APVIA) yang diadakan di Shanghai.

Gading Kencana merupakan syarikat tunggal daripada Malaysia yang menerima anugerah bagi kategori berkenaan pada tahun ini sejak anugerah itu diperkenalkan.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf pelabur, pemaju, pengendali, syarikat kejuruteraan, institusi rekaan, kolej jurubina dan universiti yang terbabit dalam bidang perusahaan fotovoltaic, yang berjaya mencapai kejayaan sehingga mampu dijadikan model perniagaan.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir Guntor Tobeng Mansor berkata, anugerah berkenaan adalah satu pengiktirafan bagi warga kerja Gading Kencana, sekali gus memberi suntikan semangat kepada kumpulan untuk berusaha lebih keras, efisien bagi menjadi pemain utama dalam industri tenaga diperbaharui di peringkat global.

Dalam maklumat yang lain, Gading Kencana memulakan kerja-kerja pembinaan bagi projek ladang tenaga solar di Perak dan Langkawi dalam masa terdekat.

Leave a Reply