Input your search keywords and press Enter.

China minta Kanada gantung eksport daging

M Update, 26/06/2019 –  China meminta Kanada untuk menggantung eksport semua daging selepas negara itu mengesan sijil kesihatan veterinar palsu ditampal pada kotak daging babi.

Susulan penemuan itu, polis Kanada dilaporkan sedang menjalankan siasatan jenayah terhadap kejadian itu.

Kedutaan China di sini, berkata kastam menjalankan siasatan selepas menemui kesan bahan tambahan makanan yang dilarang, sekali gus mendedahkan terdapat 188 sijil palsu dikemukakan kepada pegawai negara itu, oleh pengeluar sijil rasmi Kanada.

“Dalam usaha melindungi keselamatan pengguna, Kerajaan China segera mengambil langkah pencegahan dan meminta Kerajaan Kanada menggantung pengeluaran sijil pengesahan bagi daging yang dieksport ke China sejak 25 Jun,” katanya.

Sementara itu, pegawai Kerajaan Kanada mengesahkan kepada AFP, bahawa Polis Diraja Kanada (RCMP) sudah diarah menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes itu. – AFP

Leave a Reply