Input your search keywords and press Enter.

Maut Kepala Tersepit Tingkap Jengkaut

M Update, 26/6/2019 – Seorang pemandu jengkaut maut selepas kepalanya tersepit pada tingkap jengkaut yang dikendalikannya di kawasan sawah di Bukit Chawi.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, Mohamad Redzuan Abdullah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Difahamkan, nahas berlaku selepas mangsa dikatakan diserang sawan ketika sedang berkerja. Kepala mangsa yang duduk di kabin bahagian pemandu sudah terkeluar di tingkap sebelah kanan dan sudah tersepit antara tingkap dan bahagian ‘lengan’ jengkaut.

Kejadian itu menyebabkan bahagian kanan kepala mangsa pecah, namun hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply