Input your search keywords and press Enter.

Tragedi 4 Tertimbus: Berlaku Pergerakan Tanah Seminggu Lalu

M Update, 26/6/2019 – Pemilik resort berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah di sini, mengakui terdapat pergerakan tanah di tebing jalan raya berkenaan, sejak minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata susulan itu, pemilik resort berkenaan mengambil inisiatif sendiri dengan menggajikan empat buruh warga Myanmar untuk membina tembok penahan tanah. Bagaimanapun, identiti keempat-empat lelaki terbabit gagal dikenal pasti, selain keadaan tebing berkenaan agak curam dan terdapat parit berhampirannya.

Kerja pembinaan tembok setinggi 2.4 meter itu dibina tanpa perlu mendapat kelulusan mana-mana pihak ekoran proses berkenaan dibuat di atas tanah persendirian,” katanya pada sidang media di sini, tengah malam tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian tanah runtuh di tebing Jalan Batu Ferringhi di sini, sebelum menghempap tembok penahan tanah dan mengorbankan empat buruh binaan, kira-kira jam 9.25 malam tadi.

Mangsa pertama dan kedua yang maut dalam kejadian itu masing-masing ditemui pada jam 11.15 dan 12 tengah malam tadi, manakala mayat ketiga pula ditemui pada jam 12.17 tengah malam tadi dan mayat keempat ditemui pukul 3.35 pagi dan kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Che Zaimani berkata, kejadian tanah runtuh itu disedari pekebun resort berkenaan, yang ketika itu sedang menyiram pokok di kawasan berhampiran, sebelum melaporkannya kepada pemilik pusat peranginan terbabit. – BH Online

Leave a Reply