Input your search keywords and press Enter.

15 maut rempuhan hari kemerdekaan di Madagascar

M Update, 27/06/2019 – Sekurang-kurangnya 15 orang maut sementara puluhan mangsa lain cedera dirempuh di sebuah stadium di ibu negara Madagascar, semalam, ketika sambutan hari kemerdekaan.

“Kami merekodkan 95 kemasukan jabatan kecemasan termasuk 15 kematian,” kata pengarah hospital HJRA di bandar itu, Oliva Alison Rakoto.

Menurut laporan media tempatan, insiden itu berlaku, lewat tengah hari di luar stadium Mahamasina di mana ribuan orang berhimpun untuk sebuah konsert, selepas perarakan hari kemerdekaan.

Pada September 2018, satu insiden rempuhan mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan 30 yang lain dalam situasi sama di pintu masuk stadium sama, ketika perlawanan bola sepak antara Madagascar dan Senegal. – AFP

Leave a Reply