Input your search keywords and press Enter.

LRA Sungai Semenyih Kembali Beroperasi

M Update, 27/6/2019 – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihentikan tugas susulan pencemaran bau petang semalam, kembali beroperasi pada jam 6 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, berkata proses penyaluran bekalan air ke sistem agihan dan kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang berjalan bagi proses pemulihan berperingkat.

Bantuan lori tangki air terus digerakkan dan 12 Pusat Khidmat Setempat (PKS) diaktifkan bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna yang terjejas hingga bekalan pulih sepenuhnya.

Segala usaha diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas. Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my bagi mendapatkan maklumat dan status terkini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian itu memberi kesan kepada 512 kawasan, membabitkan sebanyak 377,141 pelanggan berdaftar di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Leave a Reply