Input your search keywords and press Enter.

2 Cedera Tembakan Di Masjid Perancis

M Update, 28/6/2019 – Sekurang-kurangnya dua mangsa cedera, selepas ditembak di luar sebuah masjid di Brest, barat Perancis, semalam, menurut polis.

Pendakwa raya Brest, Jean-Philippe Recappe berkata, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan, ketika jemaah meninggalkan masjid itu di kejiranan Pontanezen, bandar terbabit.

Katanya, motif sama ada serangan itu bermotifkan agama atau dendam atau berpunca daripada faktor lain masih tidak diketahui.

Stesen televisyen kerajaan, France 3 melaporkan suspek masih diburu. – Reuters

Leave a Reply