M Update, 28/6/2019 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengesan kehadiran gas methyl mercaptan yang dianggap sebagai keganjilan (anamoly) dalam kes pencemaran terbaharu di Pasir Gudang, Johor.
Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata akibat persekitaran udara yang tepu di Pasir Gudang, sebarang keganjilan seperti itu akan memberi kesan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asma. Katanya, dua gas lain yang dikesan adalah Acrylonitrile dan Acrolein, yang masing-masing turut dikesan ketika kes pencemaran Sungai Kim-Kim, beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga gas itu tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing pesakit,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini, hari ini. Bee Yin berkata, ketika ini Pasir Gudang mempunyai 2,005 kilang berlesen dan 250 daripadanya berasaskan bahan kimia.
Beliau berkata, MESTECC telah mengambil langkah segera untuk melupuskan faktor penyumbang kepada kehadiran semua gas berkenaan, selain meneruskan usaha penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kilang-kilang berasaskan bahan kimia di sekitar Pasir Gudang. – BH Online