Input your search keywords and press Enter.

Aplikasi baru Unifi

Unifi memperkenalkan sebuah aplikasi digital semua dalam satu yang pertama di Malaysia dimana semua perkara boleh diakses hanya menggunakan aplikasi yang diberi nama Myunifi.

Aplikasi ini menyediakan semua perkara seperti maklumat produk unifi bermula dengan mudah alih pasca bayar, jalur lebar tanpa wayar, jalur lebar dan perkhidmatan suara dalam satu aplikasi bagi pelanggan kediaman serta perniagaan.

Myunifi kini boleh dimuat turun dan ia membolehkan pengguna melanggan perkhidmatan unifi, menguruskan lebih daripada satu akaun unifi, mendapatkan khidmat bantuan menerusi panduan kenal pasti masalah layan diri dan berbual secara langsung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan makluman terkini, membeli pas hotspot, menambah nilai data unifi Mobile, suara dan kuota SMS serta membayar bil dengan lebih mudah.

Leave a Reply