Input your search keywords and press Enter.

200 juta kanak-kanak tidak divaksinasi pada 2018: PBB

M Update, 16/07/2019 –  Hampir 20 juta kanak-kanak terlepas suntikan vaksin tahun 2018, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tatkala peningkatan kes demam campak berada pada tahap ‘merbahaya’ sebagai usaha melindungi mereka dari ancaman penyakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam laporan tahunan berkata, tahun lepas seramai 19.4 kanak-kanak ‘tidak divaksinasi sepenuhnya’ berbanding tahun 2017 iaitu seramai 18.7 juta dan 18.5 juta tahun 2016.

PBB berkata, ini menunjukkan ‘kemerosotan merbahaya dalam kadar vaksinasi akibat konflik, ketidaksamaan dan ketidakpuasan hati’.

Ketua UNICEF, Henrietta Fore dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 350,000 kes demam campak dilaporkan di seluruh dunia pada tahun lepas, iaitu lebih dua kali ganda berbanding 2017.

April lalu, WHO berkata tahun 2019 dijangka lebih teruk di mana data awal menunjukkan laporan kes demam campak pada suku pertama ialah 300 kali tinggi berbanding tempoh sama pada tahun lalu. – AFP

Leave a Reply