Input your search keywords and press Enter.

Tidak Boleh Digelar Permaisuri Kelantan Tanpa Pengumuman Rasmi

M Update, 16/7/2019 – Tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, berkata Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan. Katanya, bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

Hanya pengumuman rasmi dari Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media. Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Leave a Reply