M Update, 18/7/2019 – Kementerian Pendidikan akan mengkategorikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada tiga jenis iaitu peminjam patuh bayar, peminjam culas dan peminjam culas tegar.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata kaedah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif dan tindakan yang bakal dilakukan agar mekanisme kutipan bayaran balik PTPTN lebih konprehensif dan adil kepada peminjam sedia ada dan bakal peminjam.
Dalam pada itu, dapatan daripada Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) juga sedang diperhalusi oleh satu panel penasihat khas bagi mengenal pasti cadangan terbaik yang akan diguna pakai sebagai mekanisme bayaran balik PTPTN dan seterusnya dibentangkan kepada jemaah menteri pada Ogos nanti,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – Bernama