Input your search keywords and press Enter.

669 Banduan Dibebaskan Sempena Aidiladha

M Update, 09/08/2019 – Emiriah Arab Bersatu (UAE) membebaskan tiga aktivis yang dipenjarakan atas kesalahan keselamatan negara, kata dua kumpulan hak asasi manusia semalam.

Aktivis atas talian Osama al-Najjar, Othman Al-Shehhi dan Badr al-Buhairi yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis al-Islah yang diharamkan UAE pada 2014, dipenjara selepas perbicaraan pada 2014 dan 2016, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW).

Awal minggu ini, presiden UAE mengarahkan pembebasan 669 banduan menjelang sambutan hari raya Aidiladha, kata agensi berita rasmi WAM.

Menurutnya, sebahagian banduan yang dibebaskan disabitkan dengan dakwaan keganasan dan ekstremisme.

Leave a Reply