Input your search keywords and press Enter.

Sambutan Hari Pahlawan 2019 September Ini

M Update, 22/7/2019 – Penganjuran acara Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 di peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan.

Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada jam 7.10 malam, 18 September di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat Perbarisan dijadualkan pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya; manakala khutbah khas dan solat Jumaat pada 20 September di Masjid Negara.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh perisytiharan asal pada 31 Julai adalah untuk memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai.

Leave a Reply