Input your search keywords and press Enter.

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

M Update, 23/7/2019 – Seorang jemaah lelaki rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan fungsi badannya, Jumaat lalu.

Amil Abdullah, 63, dari Johor Bahru, Johor meninggal dunia di Hospital King Faisal di sini. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata Amil dimasukkan ke Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) Syisyah di sini sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital itu sebelum meninggal dunia jam 2.20 petang.

Allahyarham tiba melalui penerbangan KT11 pada 9 Julai lalu bersama isterinya di Madinah dan berada selama enam hari di Madinah sebelum bertolak ke Makkah. Jenazah Allahyarham diuruskan oleh Muassasah Asia Tenggara dan disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan di sini selepas solat Subuh pada 20 Julai lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah.

Muassasah Asia Tenggara adalah pihak dilantik kerajaan Arab Saudi untuk menguruskan segala penyediaan kemudahan jemaah haji dari negara Asia Tenggara, termasuk penginapan dan pengangkutan. Syed Saleh berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan TH akan melakukan badal haji secara percuma untuk Allahyarham. – Bernama

Leave a Reply