Input your search keywords and press Enter.

MHB raih kontrak projek Pembangunan Gas Kasawari

KUALA LUMPUR: Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) meraih kontrak bagi kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan, Pemasangan dan Pengoperasian (EPCIC) bagi projek Pembangunan Gas Kasawari.

Kontrak itu diperoleh menerusi anak syarikat milik penuh MHB, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

“Kontrak EPCIC melibatkan pembinaan 47,000 tan platform pemprosesan pusat (CPP), 8,600 tan platform kepala telaga (WHP) dan struktur nyala, beserta dua jambatan yang menghubungkan CPP kepada WHP dan struktur nyala terbabit.

“Kontrak itu turut membabitkan pengangkutan dan pemasangan salur paip sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan CPP Kasawari kepada platform E11R-A yang sedia ada,” menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

~BERNAMA

Leave a Reply