M Update, 26/07/2019 – Seramai 16 anggota Marin Amerika Syarikat (AS) ditahan semalam di pangkalan mereka di California Selatan, disyaki berkait dengan kesalahan dadah dan penyeludupan pendatang tanpa dokumen di sepanjang sempadan AS – Mexico.
Penangkapan di Camp Pendleton (iaitu pangkalan Marin utama di California, kira-kira 90 kilometer utara sempadan Mexico) adalah susulan daripada siasatan berasingan terhadap dua Marin lain yang ditahan awal bulan ini berkaitan tuduhan pemerdagangan manusia yang difailkan oleh pendakwa raya persekutuan di San Diego, kata jurucakap pangkalan.
Kedua-dua Marin, Lans Koperal Byron Darnell Law II dan David Javier Salazar-Quintero, juga ditempatkan di Camp Pendleton, kira-kira 88 km utara San Diego, menurut jurucakap Leftenan Marin Cameron Edinburgh.
“Maklumat yang diperoleh dari siasatan sebelumnya adalah rentetan kepada penangkapan ini,” kata Edinburgh kepada Reuters.
Kor Marin itu berkata, lapan orang lagi ditahan untuk mempersoalkan kesalahan dadah yang tidak berkaitan.
Seramai 16 Marin yang ditahan adalah sebahagian daripada Bahagian Marin Pertama di Camp Pendleton, salah satu pangkalan Kor Marin terbesar di Amerika Syarikat.