Input your search keywords and press Enter.

Tawau : Tetamu Majlis Perkahwinan Diminta Jalani Saringan COVID19

M Update, 14/9/2020 – Pejabat Kesihatan Tawau meminta semua tetamu yang hadir majlis perkahwinan di Banyan Drive, dekat sini pada 31 Ogos lalu untuk tampil menjalani ujian saringan COVID-19.

Menerusi kenyataan dikongsi dalam akaun rasmi Facebook pejabat kesihatan berkenaan, individu atau mereka terbabit dalam majlis itu diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dengan segera.

“Sila hubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau di talian 089-775 733 ext 266 & 277 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kerjasama anda semua dapat membantu dalam memutuskan rantaian COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini melaporkan Sabah terus mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 31 kes.

Ia membabitkan 22 kes dalam Kluster Benteng Lahad Datu, empat warga emas yang dikesan ketika saringan di klinik kesihatan, dua kes saringan di pusat kuarantin dan masing-masing satu kes saringan petugas kesihatan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat dan saringan dalam kalangan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI).

Sumber : Berita Harian