Input your search keywords and press Enter.

Kedai laksa guna khidmat robot untuk hidang makanan

M Update, 31/07/2019 –  Sebuah syarikat kejuruteraan Singapura membina sebuah robot yang boleh menghantar hidangan makanan berupa semangkuk laksa panas dengan kepantasan 45 saat.

Chef elektrik yang dikenali sebagai Sophie itu boleh menyediakan mi, menambah udang separuh masak dan menuang kuah panas tanpa sebarang kesilapan pada kadar 80 mangkuk setiap jam.

“Ia amat hebat dan saya boleh katakan, tiada sebarang beza antara laksa disediakan manusia dan robot ini,” kata seorang pengunjung pada majlis pelancaran Jumaat lalu yang dianjurkan Orange Clove, iaitu pencipta robot berkenaan.

Penolong Pengarah Jualan Orange Clove, Tan Tun Lim berkata, robot terbabit akan membantu melicinkan tugas chef dan membolehkan beliau lebih fokus dalam memahami kehendak pelanggan.

Sophie membolehkan khidmat dua chef di kedai laksa dikurangkan kepada seorang dan memainkan peranan untuk menambah barangan diperlukan serta menjaga kebersihan kedai.

Menurut Tun Lim, syarikat memilih menghasilkan robot yang boleh menyediakan laksa kerana ia adalah antara hidangan paling popular namun pada masa sama, sedang berusaha membolehkan rekaan itu menghidangkan menu lain seperti juadah bergoreng dan mi udang.

Sebuah lagi firma tempatan awal bulan lalu berkata, mereka akan mengeluarkan 300 robot pembersih menjelang Mac tahun depan untuk membantu membersihkan premis perniagaan seperti hotel, pusat beli belah dan bangunan kerajaan manakala khidmat dron digunakan bagi memeriksa kerosakan bangunan yang selama ini dilakukan pekerja biasa. – AFP

Leave a Reply