Input your search keywords and press Enter.

Pukulan Ombak Kuat

M Update, 02/08/2019 – Seramai 44 pelancong cedera akibat pukulan ombak kuat dalam ‘kolam tsunami’ di sebuah taman tema air di timur laut China.

Kejadian berlaku di Taman Tema Air Yulong Shuiyun di Longjing berhampiran sempadan Korea Utara.

Lima pengunjung mendapat rawatan di hospital kerana pelbagai kecederaan termasuk rusuk retak, tetapi keadaan mereka stabil, menurut notis dimuat naik ke Weibo oleh kerajaan tempatan Longjing.

“Siasatan awal mendapati kejadian diakibatkan bekalan elektrik terputus seterusnya menjejaskan peralatan di bilik kawalan kolam tsunami.

“Ini menyebabkan ombak yang terlalu besar di dalam kolam itu, yang mencederakan pengunjung,” kata notis berkenaan.

Menurut notis itu, kolam tsunami berkenaan ditutup sementara siasatan dilakukan.

Klip video kejadian yang disiarkan portal berita Beijing Time menunjukkan ombak besar tiba-tiba menghempas puluhan orang di dalam kolam itu, termasuk kanak-kanak, yang menjerit ketakutan.

Leave a Reply