Input your search keywords and press Enter.

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 11 Ogos

M Update, 2/8/2019 – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 11 Ogos ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1440 Hijriah ialah pada 2 Ogos, 2019 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Ahad, 11 Ogos 2019 Masehi,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Leave a Reply