Input your search keywords and press Enter.

Kanak-Kanak Maut Jatuh Hotel

M update, 6/8/2019 – Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak warga Bahrain berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kanak-kanak berkenaan maut di tempat kejadian dalam keadaan terlentang berhampiran kolam renang hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.05 petang. Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu jatuh dari tingkap tingkat sembilan iaitu dari bilik sewa ke tingkat tiga dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibu mangsa memberitahu semasa kejadian dia sedang memasak di dapur dan mangsa sedang bermain dengan adiknya di ruang tamu, manakala suaminya keluar untuk membeli barang. Selepas beberapa minit, ibu mangsa tidak mendengar suara kedua-dua orang anaknya sebelum mencari di dalam bilik tidur dan tandas, namun mendapati mangsa tiada dan cuma adik mangsa sahaja berada di ruang tamu.

Pada masa yang sama ibu mangsa ternampak tingkap di ruang tamu terbuka dan terus melihat keluar tingkap sebelum mendapati mangsa sudah terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, keluarga itu baru sahaja tiba di Johor Bahru semalam untuk melancong. Bapa mangsa membuat laporan polis dan mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat. Tiada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -BH Online

Leave a Reply