Input your search keywords and press Enter.

Halau Singa Nyanyi Lagu Metallica

M Update, 07/08/2019 –  Seorang wanita yang melakukan aktiviti berjalan kaki dalam hutan di British Columbia, Kanada, berjaya menghalau singa gunung yang dikhuatiri mengancamnya dengan memainkan lagu kumpulan rock Metallica selepas terserampak dengan haiwan itu.

CNN melaporkan, Dee Gallant, 45, berjalan bersama anjingnya di pinggir Lembah Cowichan minggu lalu, apabila menyedari singa gunung itu mengekorinya.

Menurutnya, haiwan itu cuba menghampiri mereka menyebabkan dia menjerit kuat sebelum singa berkenaan berhenti tetapi tidak beredar sebaliknya membatu memerhati wanita itu dan anjingnya.

“Saya cuba menghalau dengan menjerit ke arahnya menggunakan pelbagai perkataan, termasuk ‘kucing jahat’ dan ‘pergi dari sini’ tetapi singa itu hanya berdiri tegak memerhati kami,” katanya.

Dee kemudian mengeluarkan telefon dan memilih lagu kumpulan Metallica, kumpulan yang terkenal dengan muzik paling kuat yang terlintas di fikirannya lalu memainkan lagu ‘Do Not Tread On Me.’

Sebaik lagi itu bermula, singa gunung itu melarikan diri.

Menurut Dee, pada mulanya dia tidak berasa takut sebaliknya teruja melihat singa gunung itu tetapi mula ketakutan apabila haiwan itu berterusan menghampirinya tanpa tanda-tanda mahu berhenti.

“Metallica menyelamatkan kami,” katanya.

Kajian mendapati singa gunung yang jarang dapat dilihat sebenarnya takutkan manusia.

Leave a Reply