Input your search keywords and press Enter.

Mati Bunuh Diri

M Update, 07/08/2019 – Penyeludup dadah yang menjadi perhatian media kerana gagal melarikan diri selepas menyamar sebagai anak perempuannya, ditemui mati dalam sel penjaranya di Rio de Janeiro, Brazil hari ini.

AFP melaporkan, Clauvino da Silva, 42, yang mempunyai nama panggilan ‘Shorty’ atau ‘Bajito’ ditemui mati tiga hari selepas cubaannya melarikan diri dari penjara yang mempunyai keselamatan paling ketat itu pada Sabtu lalu.

Menurut pihak berkuasa, dia dipercayai menggantung dirinya dengan kain cadar namun mereka masih menyiasat punca kematiannya.

Clauvino yang menjalani hukuman penjara 73 tahun, memakai topeng silikon, rambut palsu panjang berwarna hitam, seluar jeans dan baju dalam hitam milik anak perempuannya berusia 19 tahun yang datang melawatnya.

Remaja itu dikatakan cuba melindungi bapanya untuk keluar sebelum ditahan bersama tujuh pelawat lain.

Leave a Reply